Saya Nik Suhaimi Ejen Hartanah yang bernaung di Legacy Real Property Sdn Bhd sebagai Probationary Estate Agent (PEA 1838)Berpendidikan dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Bioteknologi di UIAM Gombak.Saya telah berkecimpung dalam bidang perunding hartanah ini semenjak tahun 2012.Pada tahun 2016-2017 saya telah mengambil sijil Profesional dalam Pengurusan Harta Tanah di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Putrajaya untuk menambah lagi ilmu saya dalam bidang hartanah ini.
Melantik seorang Ejen Hartanah yang sah di sisi Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia (LPPEH) sangatlah penting untuk memastikan transaksi jualan hartanah anda selamat dan di uruskan dengan baik.
Alhamdullilah semenjak daripada tahun 2011 menjadi ejen hartanah saya telah membantu ramai pemilik hartanah menjual rumah dan tanah mereka serta membantu para pembeli rumah yang ingin memiliki kediaman untuk keluarga.Ini adalah sebahagian aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang menjadi ejen hartanah.
APA YANG SAYA BOLEH BANTU ANDA?
Jaringan kerjasama dengan banker,jurunilai,peguam hartanah yang berpengalaman
Jaringan database yang luas sesama ejen hartanah berdaftar yang lain untuk mendapatkan pembeli dengan pantas
Menapis dahulu kelayakan para pembeli agar proses mendapatkan loan lancar.
Rangkain team agensi yang aktif terdiri daripada 200 orang ejen hartanah.
Membuat analisis sesuatu hartanah sebelum di iklankan
Aplikasi teknik pemasaran yang terkini untuk menarik lebih ramai pembeli