Perunding hartanah (Real Estate Negotiator) adalah seorang yang telah menyertai kursus dua hari yang dikenali sebagai ‘Sijil Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certificate).Setelah mendapat Sijil Perunding Hartanah mereka hendaklah secara rasminya mendaftarkan nama mereka dengan firma hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH).Setelah selesai urusan pendaftaran mereka akan mendapat nombor REN bersama dengan sekeping kad bewarna merah.
Rekod seseorang perunding hartanah dan juga firma di mana tempat mereka bernaung boleh di akses oleh semua pihak dengan melayari laman sesawang LPPEH iaitu https://lppeh.gov.my/WP2016/. Semuatransaksi yang melibatkan ejen hartanah ini adalah sah di sisi undang-undang. Jadi Apakah peranan mereka dalam transaksi hartanah?
Secara ringkas nya pemilik hartanah boleh melantik mereka untuk menguruskan transaksi hartanah sama ada jualan atau pun sewaan.Setelah lantikan di buat perunding hartanah ini akan membuat kerja-kerja pemasaran bagi mencari pembeli ataupun penyewa.Setelah selesai transaksi sesuatu hartanah mereka layak untuk mendapat komisyen hasil daripada kerja-kerja yang telah mereka laksankan.
Banyak kelebihan apabila melantik seseorang perunding hartanah dalam menguruskan sesuatu transaksi hartanah.
1-Jimat Masa
Pemilik dapat menjimatkan masa untuk urusan jualan hartanah mereka kerana saya akan menguruskan sehingga serahan kunci berlaku kepada pemilik baharu.
2-Jaringan Luas
Kelebihan jaringan yang saya miliki seperti rangkaian ejen hartanah,banker yang pantas meluluskan loan pembeli,jurunilai dan peguam hartanah yang berpengalaman.
3-Pemasaran Berkesan
Teknik pemasaran yang meluas dan berbayar untuk mempercepatkan lagi proses mendaptkan pembeli.
4-Konsultasi Percuma
Konsultasi percuma dan releven dengan situasi hartanah milik anda agar iainya dapat di jual dengan lancar.
5-Tapisan Kelayakan Pembeli
Kemahiran saya untuk menapis terlebih dahulu bakal-bakal pembeli sebelum mereka datang untuk melihat hartanah anda.Ini penting kerana hanya pembeli yang berpotensi serta berkelayakan sahaja akan di bawa dalam proses rundingan pembelian.