Sebut mengenai ejen hartanah pasti orang ramai cukup tahu di mana ejen hartanah merupakan individu yang ditugaskan untuk menjual dan membeli rumah dengan pantas dan mudah. Hal ini sekaligus membuatkan ramai mahu mengetahui cara jual rumah dengan ejen hartanah. Meskipun ada benarnya, skop ejen hartanah tidak hanya tertumpu kepada jual beli rumah sahaja. Di Malaysia, ejen hartanah turut dikenali sebagai Real Estate Negotiator atau bahasa singkatannya REN. Mereka merupakan individu yang telah menerima kelulusan daripada Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH).
Untuk pengetahuan, ejen hartanah berdaftar bertanggungjawab menguruskan pelbagai lagi skop dalam memudahkan para client. Berikut dikongsikan skop tugas para ejen hartanah yang sekaligus menjadi medium untuk orang ramai mendapatkan khidmat mereka. Secara mudahnya, ejen hartanah merupakan orang tengah dalam urusan jual beli rumah. Selain itu mereka juga boleh juga ditugaskan dalam menyewa atau mencari penyewa sesebuah hartanah.
Meskipun tampak ringkas, tugas mereka agak sukar buat mereka yang tidak berpengalaman kerana turut melibatkan beberapa pihak seperti mencari peguam untuk pembeli, penjual dan penyewa rumah serta memastikan segala proses bank client berjalan dengan lancar. Antara skop yang sering dilepas pandang adalah tugas mereka meyakinkan pembeli mengenai rumah client serta membawa pembeli melihat keadaan rumah penjual atau client. Dalam erti kata lain, sekiranya seseorang mahu mendapatkan cara jual rumah dengan ejen hartanah, haruslah seseorang itu mendapatkan ejen hartanah berdaftar, profesional dan juga berpengalaman. Hal ini pastinya bakal memudahkan penjual dan juga pembeli yang sering kali mengajukan soalan bagi rumah tersebut.
Mengapa ejen hartanah berdaftar menjadi pilihan?
1. Dipercayai Dan Kurang Risiko Penipuan
Dalam mencairkan sesebuah aset khususnya buat mereka yang pertama kali menjual rumah, sudah pastinya anda tidak mahu berlaku sebarang isu penipuan daripada pihak pembeli mahupun pihak lain. Kesilapan sendiri yang dalam menguruskan isu jual beli hartanah pastinya akan merugikan pihak penjual.
2. Mempunyai jaringan kenalan dan komuniti dan luas
Sesuai dengan pekerjannya sebagai ejen hartanah berdaftar, sudah pastinya ejen hartanah ini mempunyai pengalaman yang luas dalam mencari potensi pembeli. Selain itu, mereka juga pastinya mempunyai ‘lubuk’ atau lokasi potensi pembeli berada sama ada menerusi laman web atau kenalan yang berminat untuk mendapatkan sesebuah hartanah dalam memudahkan proses jual beli.
3. Pakar dalam proses jual beli
Khusus buat mereka yang mendapatkan khidmat ejen hartanah profesional, kami anda tidak lagi perlu risau soal urusan jual beli melainkan melibatkan pengesahan pihak penjual kerana ejen hartanah berdaftar dan profesional mampu untuk menguruskan proses jual beli yang baik sekiranya diberikan kepercayaan serta maklumat yang penuh mengenai sesebuah hartanah.
Pengalaman anda akan membantu penjual dan pembeli melibatkan pemilihan peguam, dan juga urusan pembiayaan loan buat para pembeli.
4. Khidmat nasihat berkaitan urusan penjualan serta pembiayaan bank
Sebagai individu yang pertama kali menjual atau membeli hartanah, pastinya seseorang itu kurang tahu mengenai selok belok hartanah. Kesemua ilmu ini bakal diterangkan oleh pihak ejen hartanah berdaftar yang bertanggungjawab memastikan kedua-dua pihak bersetuju dengan apa yang bakal diterima. Selain itu, ejen hartanah berpengalaman pastinya mempunyai kenalan daripada pihak bank yang mungkin berpeluang membolehkan pembeli mendapatkan kadar pembiayaan yang lebih rendah serta pantas. Sudah tentu urusan jual beli juga akan lebih pantas sekiranya pelbagai urusan dipermudah pihak ejen hartanah berdaftar.
5. Hak sebagai penjual dan pembeli dilindungi
Sebagai penjual khususnya, pastinya anda mahukan hak anda dilindungi lebih-lebih lagi apabila melibatkan hartanah yang bernilai ratusan ribu ringgit. Menerusi penggunaan ejen hartanah berdaftar, individu yang dilantik haruslah mengikut prosedur yang betul dan yang telah ditetapkan termasuk surat tawaran jual beli sesebuah rumah.
6. Bijak menganalisa pasaran hartanah semasa
Menyerahkan tugas kepada ejen hartanah pastinya anda mengharapkan rumah dijual dengan pantas. Malah, sekiranya meraih harga penjualan yang lebih tinggi sudah tentu sebuah bonus. Menerusi pemilihan ejen hartanah yang betul, individu yang ditugaskan pastinya mempunyai kepakaran dalam menganalisa hartanah semasa sekaligus mengelakkan sesebuah hartanah dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
7. Tak Perlu Berjumpa Pembeli serta menjimatkan tenaga dan masa
Kami yakin tidak semua individu mahu menghabiskan masa berjumpa dengan pelbagai potensi pembeli serta membawa potensi pembeli melihat hartanah yang mahu dijual hanya untuk mendapatkan kata putus. Sekiranya potensi pembeli yang pertama berminat untuk mendapatkan hartanah mungkin bonus, namun jika beberapa mungkin akan memakan tenaga dan masa juga. Hal ini antara perkara yang membuatkan mendapatkan khidmat ejen hartanah sesuatu yang berbaloi. Malah, sekiranya ejen hartanah pantas melakukan tugas, anda hanya perlu menantikan rumah tersebut sedia mempunyai pembeli sahaja. Serius best!
8. Rumah terjual dengan lebih cepat
Sudah bukan rahsia lagi antara sebab khidmat ejen hartanah menjadi pilihan kerana golongan ini mampu menjual hartanah dalam tempoh yang lebih cepat berbanding menjualnya sendiri. Bukan itu sahaja, proses jual beli serta urusan antara dua pihak juga pastinya lebih cepat memandangkan golongan yang dipertanggungjawabkan ini sentiasa mempunyai masa serta fokus dalam tugasan yang diberikan.
Bagaimana untuk mendapatkan ejen hartanah berdaftar dan profesional?
Kami yakin selepas membaca anda pastinya lebih selesa untuk mendapatkan khidmat ejen hartanah berdaftar. Mana tidaknya, terlalu banyak manfaat yang tersedia buat penjual hartanah di samping mampu menjimatkan masa dan tenaga. Dalam pada itu, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda diberi perhatian sebelum memilih seseorang ejen hartanah yang bertanggungjawab diberi kepercayaan untuk menjual hartanah anda.
Perkara penting yang perlu berada dalam kriteria adalah seseorang ejen hartanah haruslah ejen yang berdaftar dan mempunyai pengalaman. Menjual hartanah mencecah ratusan ribu ringgit sudah pastinya anda mahu serahkannya kepada yang berpengalaman. Hal ini sekaligus bakal membantu anda urusan yang perlu dilakukan sekaligus mendapatkan pembeli dengan pantas beserta harga seperti yang dipersetujui. Selain itu, profesionaliti atau sikap ejen hartanah pastinya antara yang ramai mahukan. Selain mudah berurusan, sudah tentu anda mahukan bakal pembeli juga selesa berurusan dengan beliau. Mungkin agak sukar untuk menyemak kriteria ini, namun dengan adanya laman media sosial yang pelbagai, sudah tentu mendapatkan ejen hartanah yang diberi kepercayaan ramai semakin mudah.
Meskipun tidak menjadi kriteria utama, alangkah lebih mudah sekiranya anda mendapatkan ejen hartanah yang berada sekitar kawasan ini. Hal ini turut membantu ejen hartanah tersebut memahami pola kawasan sekitar sebelum membuat iklan serta berurusan di kemudian hari. Berikut dikongsikan cara jual rumah dengan ejen hartanah yang pastinya memanfaatkan anda sekiranya berminat untuk mencairkan aset hartanah kelak. Kami yakin pemilihan ejen hartanah yang berkualiti pastinya bakal memudahkan urusan anda sepanjang proses penjualan hartanah yang sering kali berlarutan beberapa bulan.