Boleh Dilakukan Sendiri, Ini 10 Langkah Dan Cara Jual Rumah Dengan Cepat

Sebut mengenai hartanah, pastinya orang ramai akan membayangkan rumah landed atau pangsapuri. Perkara ini sememangnya tidak mengejutkan kerana hartanah jenis ini mempunyai jumlah pembeli dan peminat yang mahu mendapatkannya. Malah, tidak mengejutkan ramai penjual yang mahu dapatkan cara jual rumah dengan cepat bagi memudahkan urusan antara dua pihak. Di sebalik memiliki jumlah potensi pembeli yang tinggi mahu mendapatkan rumah, agak mengejutkan mengetahui masih terdapat puluhan ribu rumah di Malaysia gagal untuk dijual.

Menerusi laporan terbaru oleh Pasaran Hartanah Tahunan 2021 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) di mana sebanyak 36,863 unit bernilai RM22.8 bilion setakat Disember 2021 masih gagal dijual setakat ini. Dilaporkan rumah jenis kondominium dan pangsapuri merupakan yang tertinggi tidak terjual iaitu sebanyak 20,505 unit atau merangkumi 55.6 peratus daripada jumlah keseluruhan diikuti oleh rumah teres sebanyak 7,389 unit atau 21.3 peratus. Mengulas dari segi harga, hartanah tidak terjual berharga antara RM500,000 hingga RM1 juta antara yang memegang peratusan besar kediaman tidak terjual.

Walau bagaimanapun, hartanah yang ditawarkan pada harga RM500,000 dan ke bawah masih lagi mempunyai jumlah potensi pembeli dan peminat yang tinggi. Malah tidak mustahil sekiranya anda selaku pemilik hartanah berminat untuk menjual rumah tanpa mendapatkan khidmat ejen hartanah meskipun harga hartanah tersebut mencecah jutaan ringgit jika kena caranya. Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara jual rumah dengan cepat mengikut langkah-langkah yang ditetapkan agar urusan antara dua pihak dapat berjalan dengan lancar.

1. Dapatkan maklumat penuh mengenai rumah yang ingin dijual

Sudah menjadi lumrah, seseorang penjual harus mengetahui secara terperinci barangan yang ingin dijual. Begitu juga anda yang mahu menjual sesebuah hartanah dalam usaha memudahkan para pembeli sekaligus urusan penjualan anda. Bagi penjualan hartanah, antara perkara penting yang perlu anda beri perhatian adalah status lot sama ada Bumiputera atau bukan Bumputera. Secara asasnya lot bumiputera hanya boleh dipindah milik kepada warga Bumiputera sahaja. Namun, lot Bumiputera masih lagi boleh dipindah milik kepada bukan Bumiputera selagi mana memathui garis panduan Kerajaan Negeri.

Seperkara lagi yang perlu anda atau penjual hartanah beri perhatian adalah mengetahui adakah hartanah tersebut freehold atau leasehold. Freehold secara mudahnya bermaksud tanah tersebut tidak mempunyai tempoh pajakan manakala leasehold pula mempunyai tempoh pajakan 99 tahun. Penting untuk penjual mengetahui berapakah lagi tempoh pajakan yang tinggal. Sering kali hartanah leasehold ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding hartanah freehold.

Pastinya penjual membuat juga semakan terhadap pinjaman perumahan tersebut mengenai serkiranya hartanah tersebut mempunyai lock-in period atau sebaliknya. Untuk pengetahuan, lock-in period merujuk kepada tempoh di mana peminjam tidak dibenarkan menjual hartanah tersebut. Namun, buat penjual yang mahu menjual hartanah tersebut dalam tempoh yang singkat selepas memiliki, penalti sekitar 2% sehingga 5% antara yang bakal dikenakan. Dalam erti kata lain, sekiranya sesebuah hartanah tersebut bernilai RM500,000, penalti 5% yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM25,000. Sehubungan dengan itu, adalah lebih baik sekiranya maklumat ini diketahui lebih awal sebelum proses jual-beli berlaku.

2) Ketahui harga pasaran sebelum letakkan harga yang dimahukan

Bagi memudahkan penjualan, adalah wajar untuk anda meletakkan harga yang munasbah bersesuaian dengan hartanah sekitar kawasan tersebut. Dalam erti kata lain, harga yang diletakkan tidaklah terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Apa yang boleh anda lakukan adalah membuat dengan membuat semakan melalui ejen hartanah atau juru nilai profesional. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lagi cara yang lebih mudah dan pantas iaitu dengan menyemak harga hartanah tersebut di laman web penjualan hartanah popular. Kami yakin anda pastinya bakal mempunyai harga anggaran berdasarkan harga-harga yang ditawarkan pada laman penjualan tersebut.

3) Iklankan rumah anda

Memasuki tahun 2023, sudah semakin banyak platform untuk anda mengiklankan hartanah anda. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengiklankan pada lebih banyak platform dalam meningkatkan jumlah potensi pembeli melihat iklan anda. Seperkara yang penting dalam mengiklan rumah anda selain daripada mengetahui keluasan serta kelengkapan hartanah, pastikan anda mendapatkan gambar yang cantik dan sesuai bagi menarik perhatian pembeli. Gambar dalaman dan luaran rumah serta bilik sekaligus membolehkan potensi pembeli dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai rumah tersebut. Sekiranya anda tidak mahir dalam mengambil gambar, wajar untuk anda dapatkan bantuan rakan atau jurugambar profesional mengambil gambar yang sekaligus bakal sangat membantu menarik perhatian pembeli kelak.

Selain laman hartanah, tidak ada salahnya sekiranya anda cuba mengiklankan rumah anda di pada Facebook Group kawasan sekitar,Facebook Group jual beli rumah atau WhatsApp Group kawasan kejiranan yang pastinya terdiri daripada potensi pembeli. Jika anda mempunyai ruang serta ilmu dalam mengiklan hartanah secara offline, anda boleh juga melakukannya.

4) Bersedia untuk rumah ‘dirisik’ pembeli

Cara jual rumah dengan cepat

Selepas mengiklankan hartanah anda, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas sentiasa. Hal ini bakal memudahkan anda sekiranya terdapat potensi pembeli yang berminat untuk melihat rumah tersebut secara on the spot. Tidak perlu perhiasan yang banyak, cukup sekadar memastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas serta bebas daripada semak samun. Selain itu, adalah lebih baik sekiranya anda dapati memastikan segala kelengkapan melibatkan suis dan air paip berfungsi dengan baik.

Selain itu, anda juga perlu bersedia melayan segala informasi berkenaan rumah daripada potensi pembeli. Tidak mustahil sekiranya terdapat potensi pembeli yang tidak meneruskan untuk membeli hartanah anda selepas proses viewing kerana sudah menjadi lumrah dalam urusan jual beli hartanah.

5) Runding harga bersama bakal pembeli

Apabila pembeli menyatakan minat untuk mendapatkan hartanah tersebut, maka bermulalah proses rundingan antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli atau dalam erti kata lain proses tawar-menawar. Sudah menjadi lumrah penjual mahukan rumah dijual pada harga yang tinggi manakala pembeli mahu mendapatkannya pada harga yang rendah. Oleh yang demikian, pastikan kedua-dua pihak memperoleh harga yang dipersetujui dalam memudahkan urusan jual-beli. Malah, terdapat juga pembeli yang tidak kisah menjual rumah pada harga yang lebih rendah bagi mempercepatkan proses rundingan serta jual-beli.

Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat yang pakar berkenaan jual beli rumah atau khidmat ejen hartanah sebelum menjual sesebuah rumah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai proses dan fee yang bakal dikenakan.

6) Dapatkan khidmat peguam bagi menguruskan perjanjian jual beli

Sebuah lagi perkara penting yang perlu dilakukan dalam proses jual beli hartanah adalah mendapatkan khidmat peguam. Kebanyakan penjual dan pembeli memilih untuk berkongsi peguam yang sama bagi menjimatkan yuran guaman. Dalam pada itu, memilih untuk berkongsi peguam mempunyai risiko tersendiri kerana pihak peguam tidak boleh mewakili kedua-dua pihak kerana akan timbul konflik kepentingan. Mengulas mengenai yuran guaman, seringkali yuran guaman sekitar 1% buat hartanah bernilai RM500,000 antara yang bakal dikenakan. Untuk pengetahuan, yuran ini sudah ditetapkan oleh Solicitors’ Remuneration Order.

7) Menyediakan tawaran membeli (Letter of Offer)

Cara jual rumah dengan cepat

Apabila pembeli dan penjual mencapai kata persetujuan untuk bertukar milik sesebuah hartanah, anda selaku penjual boleh meminta pembeli untuk menandatangani Tawaran Membeli (Letter of Offer) daripada pihak bank. Tawaran Membeli ini mengandungi maklumat-maklumat berikut yang mengandungi nama pihak pembeli dan penjual, alamat lengkap hartanah, harga yang dipersetujui, jumlah deposit serta beberapa maklumat lain. Tawaran membeli ini dibuat bagi mengelakkan piha penjual menjual sesebuah hartanah kepada pihak lain serta memastikan pihak pembeli menarik diri daripada urusan jual beli.

8) Membuat perjanjian jual beli

Perjanjian jual beli atau sales & purchase agreement (SPA) ini merupakan antara langkah muktamad dalam mematerai penjanjian antara pihak penjual dan pembeli. Sewaktu proses mendatangani proses SPA, pastikan pembeli mengetahui syarat-syarat yang boleh dilakukan pada hartanah tersebut khususnya melibatkan pengurusan dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang konflik pada kemudian hari.

Selesai perjanjian dibuat, pembeli sering kali perlu membayar 10% wang muka atau downpayment daripada harga jualan. Proses ini perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas Tawaran Membeli ditandatangani. Dalam erti kata lain, pembeli perlu menyediakan wang downpayment sebelum mendapatkan sesebuah hartanah. 90% bayaran lagi bakal diterima selepas perjanjian ditantangani dan dimatikan setem. Dalam pada itu, tempoh masa ini boleh berubah tertakluk kepada syarat perjanjian antara kedua-dua belah pihak.

9) Mendapat khidmat ejen hartanah

Sememangnya agak renyah dan sukar untuk melakukan semuanya meskipun untuk menjual hartanah sendiri. Malah, tidak mengejutkan sekiranya penjual bertemu dengan pembeli yang banyak ragam. Hal ini membuatkan lebih banyak pihak penjual hartanah selesa menggunakan khidmat ejen hartanah yang pastinya bakal memudahkan pihak penjual dan pembeli. Dalam erti kata lain, pihak penjual sekadar perlu memberikan maklumat yang diperlukan pihak pembeli seterusnya ejen hartanah ini akan berusaha mendapatkan pembeli sekaligus menjadi cara jual rumah dengan cepat.

Meskipun sekadar mengenakan caj sekitar 2-3%, pastinya pemilihan ejen hartanah yang berkrediabliti tinggi akan membantu dalam mendapatkan sesebuah hartanah dapat dijual dengan pantas tanpa perlu risau memikirkan soal ragam dan potensi pembeli. Berdasarkan pengalaman, khidmat ejen hartanah sangat diperlukan buat anda yang tidak mahu tersilap langkah dalam urusan jual beli, ditipu pihak pembeli serta mereka yang mahu menjimatkan masa dan tenaga dalam mencari potensi pembeli yang sangat merumitkan. Berikut merupakan 9 langkah yang boleh diikuti sekaligus panduan dan cara jual rumah dengan cepat khususnya buat mereka yang mahu mencairkan aset mereka.

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *